CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Khamis, 3 Mac 2011

ALHAMDULILLAH

Bismillahhirrahmanirrahim..Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lg Maha Mengasihani..~~

Assalamualaikum..

Hmm da rasa lama sangat x update blog ni..slalu je online kot tp xde mood  nk menulis..
Pejam celik pejam celik skg da masuk bulan Mac. Pantas betul waktu ni berlari tanpa menunggu kita2 semua. Masa berlalu dan terus berlalu. Namun aku bersyukur, dalam kepantsasan masa tu mengejar, aku kini tidak lagi seperti dlu..

Aku kini sedang dalam perubahan.Berubah untuk menjadi yang lebih baik.Terlalu banyak kesilapan yang aku dah lakukan dalam hidup ni. Tapi kegagalan lepas tidak mematahkan semangat aku untuk mencari erti sebuah kehidupan yang lebih bermakna. Walaupun dulu aku lemah, namun semangat pemulihan tu aku bina semula. Terlalu banyak yang aku korbankan .Syukur Alhamdulillah..PadaMu aku bersujud memohon segalanya. Aku yakin KAU sentiasa  mendengar doa hambamu yang hina ini walaupun dulu aku pernah lupa untuk mengingatiMU. Aku terlalu leka dengan persembahan dunia. Aku yakin, KAU mempunyai agenda tersendiri. KAU hilangkan yang pernah aku miliki dulu dan KAU telah siapkan yang terbaik untukku di masa depan. Aku dlm usaha mencarinya. RahsiaMU Tuhan tiada siapa yang tahu.KAU Tuhan yang  Maha Mengetahui segala yang berlaku dan akan berlaku..Terima Kasih YA ALLAH!

Benar kata orang, “Perubahan itu amat sukar, maka berusahalah..”
Yuppp!! Aku kini sedang berusaha untuk bangkit dan belajar untuk melangkah menuju ke destinasi yang aku impikan. Walaupun langkahan pertamaku dulu longlai dan kian jatuh tersungkur lagi, namun kini aku lebih kuat dan lebih berminda positif. Aku tak sangka yang aku boleh sekuat sekarang.   Terlalu pahit untuk dikenang masa yg dah berlalu. Pengalaman lalu biarlah ia jadi pengajaran untuk aku lebih kenal apa itu erti kehidupan.

~~> Ya Allah, Jadikanlah aku hambamu yang sentiasa bersyukur di atas nikmat dan kurniaanMU.

Kalian, doakan aku lebih tabah.. =)